"Nine CM... Nine CM... Go to labour room... "Jerit doktor
kepada jururawat yang berada disebelahnya...
Kata-kata ini lah aku tidak dapat lupakan waktu sakit kontraksi
sebelum melahirkan Muhamad Danial...
Mac 27,
2014 (Khamis)
9.00am
Pagi ni aku last checkup di KIA Ampang. Sebenarnya dah terlebih 4
hari dari tarikh due date aku (sepatutnya 23 Mac 2014) mengikut kiraan nurse
yang membuat checkup bulanan aku di klinik kesihatan mantin.
Jumpa lagi nurse yang sama yg selalu checkup aku.. “aishh..Baby ni
seronok dok dalam perut ke tak nak keluar lagi..Dah lebih 4 hari dah ni...”
Sambil nurse check bawah perut dia sambung cakap " kepala Baby ni dah
masuk pada laluan dah ni...tunggu masa je ni" Aku hanya mengangguk dan
bertenang dengan kata2 nurse td. Dalam hati aku berdoa agar Baby dalam perut
aku dapat keluar tanpa dipaksa, aku mengusap perut sambil bercakap dengan Baby...
Selepas balik dari checkup, aku awal2 dah rancang dengan suami nak pergi shopping di Mydin... Maklumlah... Khidir dah start ambil cuti pasal aku dah
sampai due date bersalin.. Tp aku tak bersalin lagi, so.. memang seronok sangat bila dapat habiskan masa dengan suami disaat akhir sebelum bersalin... hehe...
1.30pm
Selepas azan Zohor berkumandang, aku bergegas ambil wudhuk dan
suamiku dah bersiap-siap untuk jadi imam.. Selepas aku ambil wudhuk tiba-tiba
aku rasa ada sesuatu cecair yang keluar. Ya Allah, segumpal lendir putih
keluar.. Aku hanya bertenang walaupun aku tahu itu adalah salah satu tanda nak
bersalin.. Aku terus bagitahu Khidir. Khidir seakan panic sekejap.. Dia tanya
aku, sakit x? Aku cakap tak sakit apa2 pun.. Ni tanda2 je..relax je aku ckp,
padahal dalam hati dan macam2 fikir.. Aku bersihkan diri dan amik wudhuk semula...terus
solat berjemaah. Selepas solat, aku terus bagitahu hasrat untuk pergi shopping..Khidir
bertanya pelik.." boleh ke ni nak berjalan lagi? Dah keluar tanda ni? Tak
sakit ke sayang? " aku hanya balas " Ok jer..xda apa2 la.. Jom la..
Nak jalan2 sebelum bersalin" sebenarnya aku asyik ingat pesan petua dari blog mana entah dimana berjalan saat2 akhir sebelum bersalin lebih baik untuk memudahkan
bersalin. Aku kuatkan diri untuk berjalan.. Dah la pergi mydin naik motor
dengan perut membuyut..sweet je rasa time tu..hehe..
Sampai je Mydin aku pergi cari mak dulu.. Memang xsabar nak
bagitahu apa yang terjadi pada aku sebentar tadi.. Nampak je muka mak, aku
macam nak peluk mak..minta maaf awal2 dan terus ceritakan pengalaman pertama
yang jadi. " haa..tu dah tanda2 nak bersalin dah lia.. Mu boleh datang
sini berjalan lagi. Kenapa tak duduk rumah je? Ya Allah... " mak mengeluh
panjang.. Aku terdiam seketika.. " kejap lagi lia balik laa..nak borong
coklat je kat sini dan nak cari apa2 barang Baby yang tak cukup.. Nak cari pati
ikan haruan untuk lepas bersalin nnt.. " Mak hanya mengangguk.. " Mak
dulu keluar tanda macam tu juga.. Memang tak lama lepas keluar lendir akan rasa
sakit 5 minit sekali.. Entah2 malam ni mu bersalin kot.." Kata2 mak buat
aku rasa berdebar2..huhu.. Aku ulang semula " betul ke mak..lia takut la
mak.." Memang rasa nak menangis aku waktu bersembang dengan mak.. Mak cuba
tenangkan aku, dan minta aku banyakkan berdoa.. Memang tak boleh nak bersembang
lama sebab mak tengah bekerja. So aku pun pergi cari barang2 kat dalam Mydin.
Walaupun agak sarat time tu, aku gagahkan juga untuk kaki melangkah.. Memang
lenguh juga la kaki berjalan dengan perut membuyung 9 bulan ni.hampir 1 jam kat
Mydin, aku pun balik dengan hati yang gembira.. Sebab dapat beli banyak2 coklat
toblerone fav aku.
Malam ni aku rasa seram sejuk, berdebar2 dan macam2 lg.. Entah
kenapa hati aku kuat mengatakan yang aku dah nak bersalin.. Hati aku tertanya2
" betul ke aku dah nak bersalin?" Sambil mengusap perut aku
bersembang dengan Baby dalam perut.." Muhamad Danial keluar ikut laluan
yang betul ye sayang.. Jangan kuat2 taw..nanti ibu sakit.. " sebenarnya
sejak 7 bulan lagi aku dah bagi nama anak, sebab lepas scan kat klinik sofea
di puchong doktor dah sahkan aku akan dapat Baby boy, doktor nampak jelas
anunya tu..hehe..sejak tu aku selalu bersembang sambil sebut nama anak..(Muhamad
Danial)
Mac 28,
2014 (Jumaat)
12.00am
Aku tido kekiri tak selesa ke kanan pun tak selesa..Jam dah pukul
12.00 tengah malam. Tiba2 aku teringat pesan kak rozie officemate aku di NE..”Kalau
nak cepatkan bukaan time nak bersalin...banyakkan baca surah Al-Fil (5 ayat). Entah
kenapa aku boleh pulak baca ayat ni berulang2 sampai la mata terlelap.
4.30am
Aku tersedar dari tidur disebabkan Khidir tak selesa nak tidur
kerana ada gangguan nyamuk... Khidir bangun dan berhajat untuk pasang penghalau
nyamuk... Aku pun terkedip2 tengok Khidir, tiba2 aku rasa macam tak selesa
seakan ada air keluar dari bawah... Aku check... Ya Allah... Darah dah keluar...
Aku terus bagitahu Khidir.. Ermm...apa lagi Khidir macam hilang arah...mengelabah
habis..Haha..Kelakar juga tengok keadaan Khidir masa tu..Macam lipas kudung...
(Maklum la... pengalaman pertama) Khidir
mula bagi arahan kat aku, pergi mandi dulu dan makan awal2 sebab takut tak ada
tenaga nak bersalin..aisshhh pandai juga suamiku ni..macam tau je orang
bersalin perlukan tenaga yang banyak untuk meneran. Selepas selesai mandi dan makan
roti cicah air milo aku pun ajak pergi hospital... Time tu punya la Khidir
mengelabah sampai nak cari kunci kereta pun tak jumpa...sekali lagi suamiku ni
buat lawak... aku relax tenangkan diri..sambil tu aku pun tercari2 juga kunci
kereta..Akhirnya jumpa juga..tertinggal atas mesin basuh rupanya..haha..
Sebelum keluar rumah aku melewati ruang tamu, adik aku suraya yang sama juga
mengandung dh nak masuk 9 bulan tu tegur aku... “Lia, sebelum bersalin ko makan
la telur separuh masak, untuk tenaga nak teran nanti"... Sambil aku keluar
aku hanya balas “Ok... nanti aku makan la.."
Dalam perjalanan ke hospital aku sempat singgah kedai mamak nak
beli telur separuh masak... Sepanjang perjalanan tu aku dah terasa sakit seakan
menekan nekan di bawah perut..( macam senggugut) aku hanya duduk dalam kereta
menunggu Khidir beli telur separuh masak..
Sementara aku tunggu Khidir sampai, aku buka buku Tuan Guru Dato' Dr.
Haron Din “Ruqyah Asas Pengubatan Islam” (macam gambar dibawah)
Dalam buku ni macam2 doa yang boleh diamalkan sejak mengandung sampai nak bersalin, ok
sekarang bukan semua doa yang aku sempat baca, aku hanya baca ayat dan doa selusuh.
ayatnya seperti ni :
Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi
man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth,
birahmatika ya arhamarraahimiin.
Maksudnya:
"Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang
diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya
Allah Yang Maha Penyayang"
Selepas
baca doa ni aku hembus kat dalam botol air (yang dah dibacakan bacaan Yassin) secara berulang kali. Baca, hembus dan minum berulang-ulang hingga aku merasa selesa.
Alhamdulillah
aku yakin dan percaya ayat2 yang aku baca dapat kurangkan kesakitan kontraksi yang
aku alami. ( aku tak minta khidir bacakan, sebab aku yakin Doa orang yang
sedang sakit tak ada hijab, tatkala itulah aku minta kat Allah apa sahaja yang
aku mahu)
Suamiku
dah datang dengan membawa 2 biji telur separuh masak, puas aku fikir macam mana
nak makan dengan bekas dan sudu pun tak ada... Jadi, aku abaikan sahaja niat untuk makan..
sepanjang perjalanan ke hospital aku tak putus2 berdoa. Aku mula menyusap perut sambil bercakap
dengan Baby agar keluar melalui jalan yang betul.
7.00am
Setibanya
di Kaunter PAC Hospital Ampang, Doctor minta aku duduk dalam bilik sementara untuk
check bukaan. Doctor buat pemasangan CTG pada perut dan Pertama kali buat VE, Doctor masukkan tangan ke dalam, memang rasa nak menjerit..aku cuba bertenang tengok
berdarah-darah sarung tangan getah Doctor tu. Doctor kata bukaan dah 4CM, Jadi aku
diminta untuk tukar baju warna pink dan aku terus dibawa ke ward oleh jururawat
menggunakan wheelchair, masa tu Khidir pun ikut bersama namun sampai je di pintu
ward, nurse tak benarkan Khidir masuk kerana masa tu bukan waktu untuk melawat. Aku cuba call Khidir
untuk minta masuk juga dan minta Khidir bagi alasan pada ward nak hantar barang
kat aku. Akhirnya dapat juga suami aku masuk dan hantar barang2 keperluan aku.
Time ni aku dah rasa sakit kontraksi 5 minit sekali, aku mengadu kat khidir,
hanya perkataan sabar aku cuba bertahan rasa sakit kontraksi ni.
Aku dah
tak boleh duduk diam, aku panggil nurse yang lalu kat situ. Aku bagitahu aku
dah rasa sakit, jururawat tu bagitahu “Awak baru je check bukaan, untuk check
kali ke 2 kena tunggu 4 jam dulu sebab kekerapan membuat VE akan menyebabkan
jangkitan kuman” Dengar je “Jangkitan Kuman” terus aku diam dan tak jadi dah
nak suruh nurse buat apa2. Khidir diminta keluar oleh jururawat tadi tu. Aku
melepaskan dengan redha..huhuhu..sedih kot bila time sakit ketiadaan suami.
Penghantar
makanan datang hantar makanan kat aku, aku senyum dan ucapkan terima kasih.
Menu pagi ni nasi lemak dan air susu. Aku memang tak lalu nak makan dalam
keadaan menahan sakit ni, tapi memikirkan aku nak bersalin aku gagahkan juga
untuk makan walaupun tak habis, aku paksakan diri untuk minum susu sampai
habis. Rasa sakit semakin rancak, aku cuba Tarik dan lepaskan nafas perlahan.
Aku dah macam cacing kepanasan menahan sakit lantas aku terus telefon mak,
“Assalamualaikum mak... mak..sakitnya rasa nak bersalin mak.. aku terus
menangis” mak cuba tenangkan aku, mak minta aku baca doa “ Laillah ha illa anta
subha naka inni kuntuminazdhalimin ” banyak2 kali. Aku akhiri perbualan dengan
minta mak doakan agar aku selamat bersalin. Dan baca doa yang mak pesan
berulang kali... Alhamdulillah kesakitan yang aku rasa makin berkurang.
Aku
kehulu kehilir dalam ward, tiba2 terasa macam nak terkucir... aku pergi ke tandas untuk
buang air kecil... Dalam perjalan ke katil, aku terserempak dengan Doctor dan
aku terus menyapa “Doctor, saya dah sakit ni, dah tak tahan rasanya.. ” Doctor minta aku baring
untuk check bukaan. Aku hanya berserah dengan apa yang doctor buat kat aku... Sekali lagi Doctor buat VE, masa
doc masukkan tangan tu aku tengok muka doctor tu semacam jer.. Tiba2 doc
menjerit “Nine CM... Nine CM... Go to labour room..” Huh, dengan katil2 sekali Doctor tolak aku masuk labour room, memang tak sempat nak tukar baju khas untuk bersalin.
Haa...nak
cerita kat sini satu peristiwa yang memang betul2 aku tak boleh lupa, sampai je
kat labour room Doctor minta aku berpindah katil. Katil dari ward ni memang ditolak bersebelahan dengan katil khas bersalin, Doctor terkejut bila aku berpindah
dengan cara merangkak ke sebelah katil, teringat Doctor bising kat aku.. “awak tu
dah 9 CM, bila2 masa kepala Baby boleh keluar..saya ingat awak mengesot ke
katil sebelah..” hahaha… kadang2 kelakar pun ada cara aku nak bersalin ni..
memang aku nak cepat je time tu tanpa memikirkan keadaan aku.
Selepas baring di katil bersalin, ni kali
ketiga Doc buat VE, aku ingat Doc nak check bukaan je..rupanya
doctor kata dah 10cm dan doc bagitahu dia akan pecahkan air ketuban aku. Aku
memang tak Nampak apa yang doc buat, tahu2 je terasa macam mengalir air panas laju
je keluar. Dalam masa yang sama jururawat yang ada dalam bilik tu pasangkan CTG
dan bagi aku oksigen. Selepas selesai doc memproses aku dia
minta tunggu dalam 4 jam. Huh, aku tengok jam kat dinding pukul 9.00 pagi.
Dalam hati aku kata agak mustahil nak tunggu sampai 4jam dalam keadaan sakit ya
amat macam ni. Aku call Khidir nak bagitahu yang aku dah nak bersalin, apa yang
berlaku memang sangat pantas. Masa tu Khidir tengah sibuk dengan urusan
kebenaran masuk labor room dengan pengawal yang jaga dipintu masuk labor room.
Sakit semakin memuncak... Zikir memang tak henti-henti dari mulut. Khidir baru je sampai untuk teman aku bersalin. Tiba2 deras
air mata aku mengalir... aku menjerit kesakitan, Khidir cuba tenangkan aku dan
sempat bisik kat aku “ sayang jangan menjerit sebab nanti sayang tak ada tenaga”,
aku cuba diam dalam masa menahan sakit ya amat. Doc kata, Puan dahlia, puan dah boleh push
ke? Aku hanya menganguk. Aku betul2 sakit, aku cuba pegang besi katil sekuatnya.. namun, Doc tegur aku untuk tidak berbuat sedemikian.
Kali ni doc berada di bawah kelangkang aku, doc panggil Khidir untuk tunjukkan kepala Baby yang dh Nampak dari luar. Khidir tengok dan bagitahu aku yang kepala baby dah nampak, Selepas tu Khidir datang duduk bersebelahan aku. Aku genggam tangan Khidir sekuat hati menahan sakit. Doctor minta aku push seperti nak buang air besar. “1...2...3…push” doctor guide aku... aku meneran sehabisnya... Time ni kepala baby sudahpun keluar “Ok...lagi sekali push untuk keluarkan badan baby, 1...2...3...push...” sekali lagi aku meneran sehabis tenaga. Time ni doctor bagitahu dia akan potong guna gunting sebab nak keluarkan badan Baby, memandangkan rangka Baby agak besar. Aku berserah je. Time doc buat proses gunting memang aku tak terasa dah sakitnya yang selalu dicakap2kan orang, mungkin disebabkan kulit aku dah tak terasa sakit disebabkan nak bersalin ni. Aku diminta push kali ketiga untuk keluarkan keseluruhan badan bayi bersama dengan uri. Akhirnya…terdengar suara bayi menagis... tanpa aku sedar, tiba2 deras air mata aku mengalir. Aku menagis kerana gembira dapat melihat bayi yang selama ni aku kandungkan.. Alhamdulillah pukul 9.20 aku Berjaya mengeluarkan bayi lelaki seberat 2.95, nurse meletakkan bayiku di atas dada untuk aku dakap dan susukan. Dapatlah aku melihat betapa comelnya Baby Sulungku. Terasa hangat dan harum bau bayi yang baru dilahirkan. Aku menatap wajahnya yang berwarna kemerahan. Hilang segala sakit yang aku tanggung sebelum ini Aku dapat memegang Baby hanya untuk seketika. Nurse mengambil Baby untuk dipakaikan baju dan diperiksa. Sebelum Baby dibawa keluar sempat lagi aku snap gambar Baby untuk tatapan Muhamad Danial bila besar nanti)
Kali ni doc berada di bawah kelangkang aku, doc panggil Khidir untuk tunjukkan kepala Baby yang dh Nampak dari luar. Khidir tengok dan bagitahu aku yang kepala baby dah nampak, Selepas tu Khidir datang duduk bersebelahan aku. Aku genggam tangan Khidir sekuat hati menahan sakit. Doctor minta aku push seperti nak buang air besar. “1...2...3…push” doctor guide aku... aku meneran sehabisnya... Time ni kepala baby sudahpun keluar “Ok...lagi sekali push untuk keluarkan badan baby, 1...2...3...push...” sekali lagi aku meneran sehabis tenaga. Time ni doctor bagitahu dia akan potong guna gunting sebab nak keluarkan badan Baby, memandangkan rangka Baby agak besar. Aku berserah je. Time doc buat proses gunting memang aku tak terasa dah sakitnya yang selalu dicakap2kan orang, mungkin disebabkan kulit aku dah tak terasa sakit disebabkan nak bersalin ni. Aku diminta push kali ketiga untuk keluarkan keseluruhan badan bayi bersama dengan uri. Akhirnya…terdengar suara bayi menagis... tanpa aku sedar, tiba2 deras air mata aku mengalir. Aku menagis kerana gembira dapat melihat bayi yang selama ni aku kandungkan.. Alhamdulillah pukul 9.20 aku Berjaya mengeluarkan bayi lelaki seberat 2.95, nurse meletakkan bayiku di atas dada untuk aku dakap dan susukan. Dapatlah aku melihat betapa comelnya Baby Sulungku. Terasa hangat dan harum bau bayi yang baru dilahirkan. Aku menatap wajahnya yang berwarna kemerahan. Hilang segala sakit yang aku tanggung sebelum ini Aku dapat memegang Baby hanya untuk seketika. Nurse mengambil Baby untuk dipakaikan baju dan diperiksa. Sebelum Baby dibawa keluar sempat lagi aku snap gambar Baby untuk tatapan Muhamad Danial bila besar nanti)
(Baby Muhamad Danial selang 10
minit selepas bersalin)
Selepas
tu bayi dibawa semula kepada ayahnya untuk diazankan… aku hanya mampu
mengerling kearah Baby yang dibawa ke satu sudut, sesekali terdengar Babyku
menangis (mungkin minta untuk dipujuk)
Jahit???
Waaa…. Kesakitan
yang ditanggung dijahit lebih teruk dari sakit bersalin… (jahit hidup2 woo) Pada
mulanya kesakitan tidak terasa waktu Dr menjahit lapisan yang dalam. Namun
apabila Dr mula menjahit lapisan kulit luar nyilu mula terasa dan pedih bila
benang melalui kulit yang dijahit. Aku hanya mampu mengetap bibir menahan
kesakitan.
Selesai
dijahit, nurse menggantikan kain yang aku pakai dengan yang baru. Aku diarah
pindah katil. Setelah aku dan Baby selesai semua hal di bilik bersalin, seorang
nurse menyorong katilku keluar menuju ke wad. Doctor yang mula2 memeriksaku
mengucapkan tahniah.
Keluar
sahaja dari pintu bilik bersalin aku ternampak satu katil yang susuk tubuh
badan macam aku kenal…rupanya, adik aku suraya pun dah selamat bersalin... aku
tegur suraya dan sempat lagi bersembang bertanyakan pukul berapa dia bersalin…
Doc agak pelik dan Tanya “kamu berdua kenal ke?” aku cepat menjawab “Suraya ni
adik saya la Doctor...” Doc seakan tak percaya dan terus ucapkan Tahniah. Memang
tak pernah disangka aku dan suraya bersalin pada hari yang sama, bersebelahan
bilik bersalin dan beza masa hanya 5 minit sebelum aku bersalin (pukul 9.15). Aku disorong
keward diikuti oleh katil suraya. Aku tersenyum bila melihat mak yang setia
menunggu di luar selama 2jam aku berada dalam bilik bersalin. Mak gembira dan
syukur dikurniakan 2cucu serentak..hehe..
(Muhamad Danial dan Sofia selepas 3
jam keluar)
Selepas bersalin
Alhamdulillah…
Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Tak
terucap syukur aku ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya Allah telah memudahkan
setiap urusan aku sejak dari awal mengandung hingga selamat bersalin.
Alhamdulillah aku dah bergelar seorang ibu dan suamiku sudah bergelar seorang
ayah. Perkara pertama yang aku fikir ialah aku perlu mendidik anak lelaki ini
menjadi anak yang soleh selagi aku mempunyai kudrat 4 kerat yang Allah anugerahkan
ni.
Aku
berehat diward, masa tu dah nak masuk tengahari dan Khidir nak pergi solat
jumaat di Masjid Al-Azim(tak jauh dari Hospital Ampang) aku sempat pesan tolong
buat sujud syukur bersempena kelahiran bayi lelaki kita. Selesai je solat
Jumaat, Khidir kembali ke ward. Aku meminta Khidir memimpinku ke toilet kerana aku
tak selesa dengan pad yang nurse pakaikan dan mahu membersihkan badan aku.
Mula2
mak melarang tapi disebabkan aku berasa sangat tak selesa, Maka perlahan-lahan Khidir
memimpin. Badan aku terasa melayang-layang ketika ini. Aku tak mampu bergerak
dan terpaksa menggunakan wheelchair untuk ke tandas, Almaklum awalnya dulu
membawa bebanan berat, kini badan dah ringan tambah pula banyak darahku keluar
semasa bersalin.
Sampai
di toilet aku seakan nak pitam. Akhirnya tanpa aku sedar aku sudah pengsan di
dalam tandas tadi. Khidir memangku kepala dan membawa aku ke katil. Aku mengadu sakit kepala ya amat.. mak terus tolong ikatkan rambut aku tinggi2 dan ketat agar aku berasa selesa dan kata mak
untuk mengurangkan sakit kepala.
Pengalaman
kali pertama bersalin ini membuatkan aku menjadi seorang yang kuat dan tabah untuk
mengharungi susah dan payah membesarkan Muhamad Danial... Semoga pengalaman ini menjadi pengalaman terindah dalam hidup aku... (In shaa Allah)



No comments:
Post a Comment